long life journey of us

Daisypath Anniversary tickers

05 January 2012

:') wondefull life of you mira ! congratulation . i hope i can be like you :) insyaALLAH


The truth.

Assalamualaikum :)

hari ni, mira nak cerita tentang isu kahwin awal. ataupun orang lebih familiar dengan
nikah gantung @ nikah khitbah. 


bismillahirrahmanirrahim. take your time to read this entry. sebab entry ni sangat panjang :)

seperti yang diketahui, mira dengan muhsin pun nikah gantung. actually, mira kurang suka 
dengan term nikah gantung. for me, nikah is nikah. apa yang pentingnya kita memang dah halal
 dengan pasangan. takde beze pun. tapi that one is just on my own opinion. sebab perkataan
 nikah khitbah ni orang kita yang gelarkan. sama la mcm cina buta la. mcm2.

apa yang mira cerita ni, semua based on my experiences taw. lain orang lain pengalaman dia. 


Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. 
Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang menghalalkan
 persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata 
yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam
.Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, 
menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

nikah awal ni perlu persediaan mental dan fizikal. luar dalam kena ready.
 orang selalu cakap, eh, bestnya nikah. bestnya kahwin muda.
 tapi kena ingat, apa konsep 'best' tu ? its all about tanggungjawab, 
berbakti sepenuh hati dan berusaha untuk menjamin kesejahteraan rumah tangga.
 i'm here not to convince you all tentang kahwin awal. thats why entry ni ada.
 mira nak cerita good and bad effect kahwin muda. mira dah ada pengalaman, 
boleh la share dengan semua. insya Allah. 

yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

masa awal2 dulu isu ni dibangkitkan, mira sendiri tak yakin. 
tapi know what sapa yang yakinkan mira? my dad. my only ayah. 
ayah memang sgt tegas orangnya. mana mira tak pelik, tiba2 ayah
 bagi kahwin awal. again, KAHWIN AWAL. kahwin muda okay. i never expect about this. 
seriously. tapi ayah cuma nak syariat mira terjaga. dia pun mungkin tak berapa suka
 mira ber'couple' dengan muhsin. tak elok kan. lebih2 lagi bila taw kitorang mintak u yang sama.
 lagi la, gundah gulana rasanya beliau. so, ayah amek pendekatan ini. the best way supaya everything
 terjaga. syariat terjaga, akhlak, adab segalanya lah. for mama side pulak, dia sangat suka sebb ada
 orang jaga anak dia nanti masa dekat u. so, mama memang OKAY aje :) tapi mira ingat lagi. 
masa selepas family muhsin masuk merisik, ayah bagi mira baca paper metro. kebetulan,
 cerita tentang nikah awal dalam kalangan remaja universiti. but for me, hampir 
semua yang dia cakap, semua KEBURUKAN semata! ayah just nak mira ready dengan
 cabaran2 yang bakal hadir kelak and apa yang mira baca tu boleh dijadikan tauladan
 supaya perkara tersebut tak berlaku.

kenapa perlu kahwin awal?


Apabila 2 orang anak adam diijabkabulkan, maka menangislah si syaitan
 durjana kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si
 perempuan melakukan zina :) 

okay. soalan yang acap kali ditanya. we have been friends for almost 6 years. tak ke lama bebeno tu ? 
dari dulu selalu je fikir, agak2 boleh tak aku ni kahwin awal. kahwin muda. mcm tak sanggup je nak 
tanggung dosa2 sebelum ni. ayah pernah ckp, masa tu mira call sekejap je dgn muhsin masa dlm
 kereta, tapi tu pun ayah dah ckp, 'tengok tu, ckp mcm tu pun sebenarnya dah senang2 dapat 
dosa kering'. okay. terdiam mira. kalau nak difikirkan hari2 gayut sebelum ni. pasti ramai sentap
 bila baca ayat ni punya. asal ada boyfie, sape tak gayut kan ? nak cerita tu, cerita ni. tapi korang
 kena tahu. semua tu haram. disebabkan ayah terlalu bnyk menegur silap2 mira, so, mira pun mcm 
tersentak. selama ni ayah just memerhati je. he knows everything.

 tapi yang mira sgt2 bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan, adalah dengan seorang ayah yang
 memahami. dia tak suruh kami berpisah, tapi beliau sediakan sebuah jalan untuk kami bersama
 secara halal. halal sebagai pasangan suami isteri. siapa yang sanggup dah 'couple' sekian lama, 
tiba2 korg nak kena pisah. cuma orang yang betul2 kuat je yang sanggup! mira cakap based on my
 experiences. and i know sgt ramai couple skrg. kalau boleh, mira nak bukak mata korang sume.
 tanya direct pada pakwe korang, awak nak kahwin dengan saya tak? if dia nak, segerakan apa yang
 patut. if diorang tak nak, tak ready la, ape laa, okay. korang better BREAK! seriously. lelaki yang
 serious cuma 1 aje tujuan dia berkawan dengan korang, nak jadikan korang permaisuri dalam 
hidup dia. kalau tak, better korang cari je la lelaki yang lebih bertanggungjawab dari dia. kalau
 dia bagi alasan nak ada rumah dulu, kerja dulu, nak rasa duit sendiri dulu. DONT COUPLE. easy :) 


tak pelik ke, kenapa mira terus je fikir nak kahwin? tak keluar langsung isu tunang. 
masa bincang2 dengan muhsin, kitorang cuma cakap, tentang KAHWIN sahaja.
 kahwin yang menghalalkan segalanya..kahwin untuk mendapatkan reda Ilahi. kahwin untuk 
menjaga kehormatan diri. ada apa dengan tunang? sebuah ikatan tanda hang dah cop depa.
 cop je kot, belum boleh buat pape lagi. kan senang KAHWIN terus. haha hang buat la apa hang sukaa. :)

teringat dulu, ada orang ckp dekat mama. kenapa tak tunang je dulu? habis belajar baru kahwin.
 dia tunang 5 tahun. kawan pun dah lama. adoi. ni rasa nak gelak guling-guling. 
tunang tu ada menghalalkan apa2 ke ? tunang is just such an adat okayy. 
mira sendiri tak tunang pun! haha taknak. nak terus yang halal je. mcm ayah ckp, 
anak2 ayah semua, kalau tunang pun, paling lama ayah izinkan 3bulan je. takdo la sampai bertahun2 -.-"
 buat tambah dosa ekau ajo. i want something yang halal, yang dapat reda Allah, and i chose, married! =)

ayah selalu nasihat. kak, belum kahwin ni berhubungan dengan lelaki bukan mahram, semuanya BALA, 
dah kahwin, semuanya PAHALA. okay. sentap lagi~ tapi memang sgt betul apa yang ayah ckp.
 terima kasih ayah..


mama ada cakap, apa salahnya nak kahwin awal. sebab kan ada hadis yang cakap, 
kalau anak nak berkahwin, dah sampai seru, parents kena kahwinkan. 
Rasulullah s.a.w bersabda: 
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,
 jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) 
yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda:  
 “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan 
akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia.
 Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan
 kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

mcm mana mira kekalkan hubungan 6tahun tu ?

emm bukan kitorang tak pernah ada masalah, bukan tak pernah gaduh, bukan tak pernah nak 
berpisah semua. biasalah, mengharap panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
 macam2 kami pernah lalui before kahwin hari tu. and pernah 1 time, the final one, kitorang break up.
 that incident jadi turning point dalam hidup kami and menjadikan kami serious dalam hubungan ni. 
tapi ntah la. dah tercatat di Luh Mahfuz, dia jodoh mira. so, sejauh mana kami pergi, 
sejauh mana kami lari, alhamdulillah, Allah temukan jua kami. dan kini dengan ikatan yang sah.

sebenarnya mira nak nasihat. tempoh perkenalan tak menjamin bahagia. yes! sometimes, 
korang maybe boleh boring dengan pasangan korang. org sume tanya, eh, kau tak boring ke
 dah lama ngn suami kau? emm sbb mira ni jenis susah nak boring. dah suka 1, 1 je laa sampai ke sudah.
 thats why la masih okay sampai ke hari ni. senang kata kan, korang tak payah la nak dok bangga,
 eh aku dah 3 tahun kapel, aku dah 4 tahun, aku dah 5 tahun and what so ever laahh.
 itu tak menjamin apa2 langsung! i pernah do the same mistakes before this. 
konon menghitung la every year, bila fikir balik, alahai, ape laa pandai sgt aku ni.
 buat keje nonsense aje. tapi cuba nnt dah kahwin, haaa. time tu, hang dok menghitung 
hari2 pun takpo. lagi lama, lagi berkat. alhamdulillah kan? the best thing is kawan sekejap and then,
 get married. takpun, bercinta lepas kahwin. contoh terbaik, ustazah fatimah syarha laa :) confirm,
 korang akan rasa nikmat perkahwinan tu lebih dari apa yang orang dah lama kapel. 1 mslh bila dah
 lama kapel, korg mungkin akan terbawa2 kisah silam lalu ke alam perkahwinan. thats problem! unless
 you managed to delete all those bad memories between you and him/her. 
sometimes, benda2 mcm ni boleh menggangu rumah tangga korang. lagi2 kaki mengungkit, haihh.
 itu memang mintak makan sup kaki je laa -.-" 

my advice, kalau tak bersedia lagi nak kahwin, jangan couple. siapa je yang couple lama2 boleh
 kekal sampai kahwin. ada tu tukar2 lagi. lagi lah. tapi kekalnya tak jugak. kahwin tak jugak. 
tak taw den nak kato apo. jaga agama, jaga batas, jaga ikhtilat. Allah tu Maha Pengasih. 
Allah dah tetapkan sapa jodoh kita, if we keepp searching, jap dengan org ni, then putus.
 eh, dia bukan jodoh aku. jap dengan orang ni plak. putus jugak. eh dia pun bukan jodoh aku.
 haaa, sampai ke sudah la keje kau dok couple putus then ckp dia bukan jodoh aku.
 Allah lebih mengetahui tentang semua ni. serahkan pada DIA. insya Allah.
 cuma yang penting, persiapkan diri kita jadi orang yang lebih baik. supaya orang yang kita dapat, 
selayaknya dengan kita.insya Allah.

apa persediaan yang perlu dibuat?

first thing, dapatkan restu kedua-dua belah pihak. baik pihak bakal suami ataupun bakal isteri
. haaa, part ni mira tekankan. memang sgt2 penting! kalau diorang tak restu, korang batalkan
 je la niat tu. kalau nak jugak, kena pandai la slow talk semua. tapi kalau paksa, better dont.
 perkahwinan bukan sehari dua, ia untuk selamanya. kalau mak bapak korang tak setuju,
 tang mana nak datang berkatnya? lebih2 lagi kahwin awal ni. sape yang nak keluarkan bajet2 
untuk korang kahwin nnt ? jangan fikir pendek, fikir tok jangka masa panjang. kalau parents tak bagi, its mean, maybe ada hikmah. maybe diorang masih tak yakin yang korang ni dah boleh jadi husband/wife. 
diorang tak rasa korang boleh pikul tanggungjawab tu.
 so, korang kena la prove dekat mereka yang korang ni dah cukup matang untuk melayari alam 
rumah tangga! :)


ingat taw, "reda Allah terletak pada reda kedua ibu bapa.."

apa pandangan masyarakat?

part ni laa yang ramai tak lepas. alahai sahabat, apa ada dengan masyarakat ? 
kenapa dok fikir tentang kata2 manusia? tapi tak pernah nak fikir tentang kata2 Allah?
 bercinta tak takut, tapi nak kahwin takut?? haaaa, ni yang chek dok pelik ni. 
dah tentu bercinta pun kerana Allah. nak takut apa buat sesuatu yang betul di jalan Allah? 
kenapa? takut orang sekeliling mengata ? zaman moden nak kahwin awal? kenapa nak kahwin awal?
 haaa, ada apa2 ke? lagi laa kalau mulut mak cik kepoh tepi jalan tu haaa, "heii, anak si senah tu, 
nak kahwin dah. umur baru 19 tahun. gatal sangat dah kot. tak pun, ntah2 dah ada pape". 
nauzubillah. mintak2 dijauhkan dari umpatan sebegini. dengar ya sahabat, kalau kita buat 
sesuatu di jalan Allah, insya Allah. orang ngumpat la kita, ngata la kita. suatu hari nanti Allah 
akan bersihkan nama kita. mungkin kita dihina di dunia, tapi kita dimuliakan di akhirat? which
 one do you prefer? i'm not the one yang suka dengar cakap orang. they can talk as long as they
 want to. i'm not afraid of them. manusia yang sama dengan kita. setaraf tak de beza 1 apa pun
 dengan kita. manusia ciptaan Allah SWT. i'm afraid of Allah. yes. only Allah. takut sangat melahirkan
 cinta terhadap manusia sehingga mengundang kemurkaan Allah. spread the love in the HALAL way. jangan bercinta lama2. syaitan menjadi orang ketiga and there is no istilah of cinta islamic. 


tapi alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan kami berdua. there is no such umpatan 
and what so ever. malahan, Allah hantar ramai sahabat2 baru buat kami. sahabat yang merestui
 perjuangan kami. berkahwin pada usia muda. yang pastinya tak ramai terfikir tentang ini. 

perlu ke jadi seorang yang baik? muslimah?
for this thing, nak tak nak is up to yourself. tapi sesungguhnya wanita yang baik itu adalah untuk 
lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik. jadi baik bukan semata-mata
 nak dapat lelaki alim, waraq, beriman. no. you're totally wrong! korang cuma macam berlakon
 kalau macam tu. dah tiba nanti korang dapat apa korang nak, everything hilang. tu yang ada kes,
 masa dia kahwin, pakai tudung, pakai baju bertutup, tiba dia cerai. habis semua. tudung ke mana,
 baju ketat, aurat semua dah tak terjaga. nauzubillah. 


Ada lelaki yang suka buat maksiat, yang tak pernah ikut pun perintah Allah, kononnya,
 ni zaman muda remaja dia. zaman dia berseronok. tetapi bila hendak berkahwin dia nak
 cari gadis yang baik dan beriman.biasa kan kita dengar kes macam ni?
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.” [An-Nur:3]



berubah kerana Allah. tak semua orang yang kahwin tu mesti jadi baik. tak. sometimes baik tu 
boleh dipupuk dalam alam perkahwinan. bergantung kepada bakal 'imamnya'. baik ni terlalu
 subjektif. being a muslimah yang menjaga kehormatan diri, menjaga aurat sebaiknya, menjaga
 tutur kata, ikhtilat dan sebagainya. thats the best. its depends on you. but remember, kamu
 wahai hawa bakal menjadi ibu suatu masa kelak. adakah kamu ingin melihat anak2mu hidup 
bergelumang dosa? hidup bebas? tidak menghormati ibu bapa? ibu bapa yang mecorakkan anak2.
 bagaimana anak2 nak jadi muslim dan muslimah yang diredai Allah, yang menjadi pejuang, 
penegak syiar Islam jika bondanya tidak dipenuhi dadanya dengan iman kepada Allah? Subhanallah.
 hidup kita tak panjang..bila2 saja boleh ditarik. jangan tunggu dapat hidayah, hidayah itu perlu dicari..


ada jugak yang dah kahwin, tapi free hair kan? ada jugak yang masih bebas. tapi dia bahagia je.
 take note. itu urusan mereka dengan Allah kelak. dah taw benda tu salah, janganlah berfikiran
 sempit sangat pergi ikut! -.-" kita cuba cari reda Allah tapi mcm mana nak dapat kalau kita buat
 perkara yang Allah murka? tak ikut perintah Allah? renung-renungkan.


Bahagia ke kahwin awal?

Alhamdulillah syukurr yang aaaammmmaaaatttt sangat pada Allah :') kami sangat2 bahagia. 
even jauh. jauh mengajar kami erti rindu, erti kasih, erti sayang. jauh juga mengajar
 kami erti sabar. jauh membuatkan pahala kami sebagai suami isteri berlipat kali ganda pabila merindui. tapi takde la semua yang kahwin jauh mcm kami kan. biasanya kahwin mesti duduk sama. cuma kami je 
berbeza sikit..bila lagi dekat insya Allah lebih bahagia. teringat masa puasa hari tu. malam2 bangun
 qiamullail sama2, baca Quran sama2. ya Allah. rindunya masa tu :') mira ni jenis tak boleh berenggang 
dengan suami. hehe cik abang tu pun sama. kalau kitorang kat rumah, kat mana ada muhsin,
 kat situ la ada mira. 
jauh seminit pun rindu :p haha hiperbolanya ayat! haha dah halal okay, nak berkepit 24/7 pun takpe. 
Allah lagi suka. suami isteri berkasih sayang. waaaaa, everything is pahala! sukanyaaa :') heeee 

kami pernah gaduh tak? haha kelakar rasanya. sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi kami 
suami isteri. so far, gaduh tu cuma pasal attitude laa. pasal orang lain, alhamdulillah tak pernah
 lagi. kami ni even dah 6 tahun kenal, tapi masih lagi dalam proses mengenali hati masing2 taw. haha 
bila mana suami tak suka itu, tak suka kita buat ini, kita dah biasa buat, bila nak ubah susah sikit
 kan. kat situ la kadang2 boleh jadi sedkit pertelingkahan. tapi so far, okay je. insya Allah. lagi2 bila 
jauh ni, lagi la susah nak bincang. at least kalau depan2, kita buat muka comel sikit, dah sejuk hati cik
 abang tu. haha nak bahagia senang, terima pasangan kita seadanya. dont expect much from him/her. 
insya Allah. 

sepertimana yang telah disebutkan dalam hadis yang mana Nabi saw bersabda: “Dikahwini seorang wanita itu kerana empat perkara iaitu hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah agama, nescaya engkau akan bahagia”.


Macam mana nak bahagikan masa belajar dengan suami?

simple je benda ni for me. time belajar, belajar la. time dengan suami, dengan suami laa. haha mcm mana tu? emm actually, dah kahwin ke belum, part belajar ni sama je for me. malah lebih berkat lagi rasanya. lagi kalau u sama. haaaa, boleh belajar sama2 taw. kan pembakar semangat tu. heee kalau korang malas, suami korang boleh tegur. and sebaliknya. bukannya 24 jam korang kena layan suami pun sampai takde masa nak belajar. kalau duduk sama tu, tak taw la kan. mcm my hubby la, kalau duduk sama dia izinkan mira tak masak dll. sbb nak fokus belajar. weekend kan ada kalau nak masak, kemas rumah semua. kena ada give and take laa. takdo la hang dok rumah tu mcm suri rumah sepenuh masa pulak dah. encik suami pun kena la bertimbang rasa. suamiku pembakar semangatku! hehe kalau boleh taknak kalah pun dengan dia. kehkeh nak same level. dia 3 pointer, mira pun nak jugak. dia 4flat, mira pun nak jugak. haha even sebenarnya encik husband yang kena dapat result power2. apa salahnya kita si isteri dapat results power jugak. insya Allah =) 

Nikah khitbah tak boleh bersama?


Ni jawapan seorang ustaz,
Merujuk kepada persoalan yang diajukan daripada pihak, Islam sebenarnya agama mudah kepada umatnya. Dalam hal pernikahan contohnya bertujuan untuk menjaga kemuliaan keturunan.
Istilah nikah gantung ( nikah khitbah ) sebenarnya pernah diamalkan dalam masyarakat Arab di 
mana sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah)
. Sebenarnya  nikah gantung bertujuan   mencegah lelaki dan wanita terus melakukan  maksiat 
akibat daripada masalah yang berkaitan seperti kesibukan bekerja, kekurangan sumber kewangan dan lain-lain.Masyarakat terlalu mementingkan adat berbanding syariat. Jadi adalah berdosa sekiranya
 menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya.  Oleh itu  pasangan boleh "bersama" jika tiada
 halangan daripada syarak. Mereka yang menghalang tujuan itu atas dasar 
mempertahankan adat dan membelakangkan syariat menangung dosa tersebut.


sumber :
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/856

Macam mana perbelanjaan ?

Perbelanjaan kami masih di bawah tanggungan ibu bapa. kira dekat sini, kita kena ada konsep
 reda-meredai. Isteri masih tak jalankan tanggungjawab dia pada suami like jaga makan pakai dia
 semua, while suami tak bagi nafkah duit perbelanjaan semua tu. but for me, thats not a big problem. 
and for me pun, semuanya sama macam sebelum kahwin. parents tanggung. and for my husband
 alhamdulillah. dia ada duit scholarship. I think rezeki lepas kahwin melimpah ruah ada la.
 my husband dapat dua2 scholarship yang dia apply. memang alhamdulillah sangat2. sekarang 
ni dia ada duit sendiri. hehe ada orang cakap, nak bagi bini makan apa lepas kahwin? pasirlah, 
batulah. haiyoo. sempit betul otak memasing. abes ingat semua yang kahwin awal ni makan pasir laa?
 hello, saya makan nasi jugak, makan KFC jugak, makan PIZZA jugak. takdo eh den makan pasir segala. 
rezeki tu Allah akan bagi lepas nikah, seperti firman Allah yang bermaksud:
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang 
Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin,
 Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)

Apa yang best kahwin awal?

kahwin awal. bukan kahwin awal je. asalkan namanya berkahwin. tentulah korang akan berkasih sayang. 
menyalurkan cinta melalui jalan and tempat yang halal. dan dengan berkahwin, segalanya PAHALA. 
asal korang buat baik je dengan suami/isteri kompem pahala. isteri ni orang yang palingggg senang nak
 kumpul pahala taw! senyum kat suami dah pahala, korang dok jeling2 suami pahala,
 eh, jeling manja, bukan jeling nak gaduh tu. haha korang tatap muka suami
 dengan kasih sayang pun pahala. Subhanallah. besarnya nikmat yang Allah beri kepada
 orang yang telah halal bercinta! kenapa perlu dikejar cinta yang belum tentu buat kamu?
 tak payah couple. korang couple korang belum tentu kahwin dengan orang tu. 
pelihara diri untuk bakal suamimu. korang nak ke dapat bekas2 orang? kalau korang pun bekas orang,
 tak mustahil suami pun bekas orang jugak -.-" orang sekarang couple, dah bukan couple.
 tapi mcm suami isteri dah. kenapa nak salurkan cinta dengan jalan yang salah? yang tentu2 HARAM.
 yang tentu2 korang dapat BALA, bukan PAHALA?


me myself. maybe pernah buat silap yang sama dulu. but now, i realise. mira nak bukak mata sahabat
 semua, salurkan cinta dengan cara yang halal. jangan cari cara yang mengundang kemurkaan Allah.
 orang nak cakap kat mira, eh kau dulu pun couple jugak. 6 tahun lagi. jumpa2 jugak. yess. so, 
kalau la mira ni ditarik masuk neraka atas kekhilafan diri dulu, korang nak ikut sama? sama2
 masuk neraka disebabkan perkara yang sama? nauzubillah. kini mira alhamdulillah. insya Allah.
 segalanya dah selamat buat mira. tapi bukan korang. korang masih belum kahwin. belum nikah. 
belum sah. belum HALAL! dont act like husband and wife. like dunia ni  korang yang punyaaa. 
pleasee DONT. i dont want others do the same mistakes like i did before. couple before marriage.
 alhamdulillah la kan dapat kahwin dengan orang yang kita dok bercinta sebelum ni.
 kalau bukan? haaa, sudah. lebih2 lagi orang yang dah serah diri dekat boyfriend/girlfriend lambang 'cinta sejati' kononnya. kalau bukan that guy/girl yang jadi your husband/wife? korang tak kesian pada future husband /wife yang mengharapkan korang ni suci? i know. sangat ramai yang maybe dah mcm tu. sebab mira dengar macam2 cerita yang buat mira sendiri terfikir. mira nak jadi suatu pemangkin supaya korang boleh spread the love in halal way. tak payah dok bercintan-cintun, tup2 korang kahwin dengan orang lain. alahai. ni lagi la kesian. dalam bercinta there is no istilah 'try and error'. bercinta dengan yang tak halal, nikmatnya sekejap je. tapi bercinta dengan yang halal, insya Allah. nikmatnya hingga ke syurga. like me, dah halal, i feel totally different daripada couple dulu. yess. syg tu rasa lebih mendalam, cinta. nikmat yang Allah beri pada kami. perasaan sayang, rindu. jangan nak samakan yang HARAM dengan yang HALAL. sebab yang HARAM itu jelas, yang HALAL itu jelas. cuma manusia selalu sahaja menolak kebenaran, semata-mata nak mengejar sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah. nauzubillah. nak bercinta, berkahwinlah. tak nak kahwin, jangan bercinta. thats it. 


i know. ada yang tak setuju dengan kahwin awal. sebab mira ni beribu yang add mira, beribu dah komen, beratus2 mesej. mcm2 mira pernah dengar. yang daripada member punya member pun pernah dengar. sebab kisah mira kahwin awal ni spread sangat luas kan. ada yang tak setuju. mereka kata, eh buat apa nak kahwin2 awal ni. kitorang tak puas lagi nak hidup 'zaman bujang'. kitorang tak ready lagi nak jadi husband/wife. eei kenapa kolot sangat nak kahwin muda2, mcm dah ada pape je. tak nak la. nanti apa orang keliling cakap. nanti orang mengata la. tapi...sayangnya. percintaan mereka dengan kekasih hati masih lagi diteruskan seperti biasa..sedih kot tengok. kenapa lebih memilih yang HARAM dari yang HALAL? sekarang siapa yang otak sempit? otak orang yang takutkan dengan azab2 Allah atau otak orang yang lebih pentingkan nikmat dunia?? wahai sahabat, awak mampu cakap apa saja yang awak nak. tapi awak kena taw, apa yang awak buat tu HARAM.awak jaga penampilan awak. awak bertudung? kenapa? sebab awak takut dekat akhirat nanti Allah bakar rambut awak. alhamdulillah. awak pakai baju lengan panjang, seluar panjang.  stokin, kenapa? awak cuba untuk tutup aurat. sebab takut Allah murka bila awak buka aurat. alhamdulillah. tapi kenapa bila hal cinta, yang dah terang2 tertulis bercinta sebelum kahwin itu HARAM, tapi tanpa segan silu awak buat! tepuk dada, tanya iman. korang tak couple, tak bermakna korang kolot. no. tak bermaksud korang tak laku. tapi berbanggalah dengan korang yang tak couple, sebab korang berjaya dalam memelihara maruah diri dan agama daripada diceroboh lelaki asing! percayalah, korang lebih istimewa dan insya Allah terpelihara..
Sabda Rasulullah s.a.w: 
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.
(H.R. Thabrani)

i'm here not to show that oh, akulah yang paling baik sekarang. akulah yang paling mulia. NO! totally NO! mira dah one step ahead than korang. so, my experiences lebih banyak dari korang. yes, mungkin mira tak baik, tapi at least mira cuba untuk jadi baik. mungkin mira tak alim, tapi mira cuba jadi alim. i'm not the one that you should call as ustazah, i'm only a normal human being. not an extraordinary person. tapi mira semat dalam ingatan. matlamat hidup seorang insan hanya ada dua. beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi Allah. maybe i'm not the pemimpin, i'm not the ahli dewan, i'm not the ahli2 forum. but dengan secebis tinta ini mungkin mampu membuka mata korang. who knows? from my writing, Allah touch your heart. and you changed. who knows? at least, i try my best nak korang avoid benda yang sepatutnya korang jauhi. at least, i'm here dapat nasihatkan korang. at least i'm here, dah pernah ingatkan korang. sebab i'm too afraid, disebabkan kealpaan diri ini mengingatkan pada yang lain, diri ini turut ditarik masuk ke neraka jahannam. nauzubillah.. sahabat, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin sekejap lagi malaikat Izrail tarik nyawa kita. mcm mana kalau kita tak sempat taubat? mcm mana kalau amalan2 kita tak diterima Allah? semua semata2 sebab dosa2 kita ketika kita menyalurkan cinta dengan cara yang salah? ya Allah. takutnya aku! seperti masa yang diberi tak cukup2 untuk bertaubat kepadaMu. itu andai saja, kau sempat bertaubat. jika tidak?? nauzubillah. semoga kita semua meninggal dalam keadaan qalbun saleem yakni hati yang sejahtera..


Allah berfirman: 
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (At-Tahrin: 6)



ni mira ambil dari facebook,


KELEBIHAN NIKAH:

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA!
suami pegang isteri ~ PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA!
suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ PAHALA!
suami 'bersama' isteri ~ PAHALA!
main kenyit² mata dengan isteri ~ PAHALA! 



AJAR . AQIL . 26 MARCH 2011 :)